salam~~~

sila singgah n enjoy =)
jangan segan jangan malu..sila2la komen yer...
terima kasih ~~~
=)

have a nice day..everyone..


**terima kasih atas skongan anda dan kesudian anda meluangkan masa disini..=)

** OPPPSSSS...DAH TUNAIKAN KEWAJIPAN ANDA? JANGAN LUPA BUAT YANG UTAMA DULU....






Sunday, December 11, 2011

tersurat 45

[45]

Qayyum pandang Tok Ayah. Kemudian dia beralih pula kepada Tok MA. Keluhan dilepaskan. Riak wajah si tua cukup senang untuk dia tafsir. Wajah situa cukup untuk menunjukkan kekecewaan mereka. cukup untuk membuatkan dirinya panas dan gelisah walaupun bilik ini berhawa dingin.

Gelisah dengan keputusan yang bakal diputuskan oleh Tok ayah dan Tok Ma.

“Qayyum minta maaf.” ujarnya lagi.

“kenapa baru sekarang Qayyum bagitahu kami?” tanya Tok MA perlahan.

“Qayyum tak tahu..tak pasti macam mana nak bagitahu Tok Ayah dan Tok Ma.”

“kami kan..” Tok Ma mengeluh lagi.

Qayyum bangun dari sofa dan bersimpuh dihadapan Tok Ma. Tangan tua itu dipegang erat dan dikucup.

“Bukan niat Qayyum nak sembunyikan benda ni. tapi..”

“Qayyum taknak susahkan hati hafizah. Cukuplah dengan apa yang dia lalui sebelum ni. rahsia ni bukanlah sesuatu yang Qayyum boleh bagitahu dengan rela hati. Hati Hafizah, Qayyum kena jaga.” Ujar Qayyum perlahan namun sedikit tegas.

“Qayyum sayangkan dia?”

Qayyum angguk. Dia tatap wajah Tok MA yang sedang tersenyum ke arahnya.

“Qayyum tak sanggup nak tengok dia menangis, Tok Ma, Tok ayah.”

Dia berpaling kea rah Tok Ayah yang dari tadi hanya diam. tiada satu patah kata yang keluar dari mulut tua itu lagi. dia bimbang, risau dengan penerimaan tok Ayah.

“Tok Ayah..”

Tok Ayah mengeluh perlahan.

“sampul ni, betullah?”

Qayyum geleng.

“Qayyum tak pasti.”

“Qayyum dan Hafizah tak pasti apa yang berlaku sebelum tu.” sambungnya lagi.

“gambar betullah kiranya?” tanya Tok Ayah. Qayyum mengeluh.

“mungkin.” Balasnya pendek. Dia meraup wajahnya. Setiap kali soal gambar itu timbul, hatinya marah. Hatinya panas.

“Qayyum tak tanya Amir?”

“tanya tapi dia taknak jawab.”

“then, apa Qayyum nak buat? Qayyum tahu kan yang Tok Ayah dan Tok Ma ni macam mana kan? keluarga kita macam mana?”

Qayyum angguk perlahan.

Sejak dia masuk dalam bilik ni tadi dia sudah fikirkan kemungkinan yang bakal berlaku. Pilihan-pilihan yang dia ada. Dan dia sudah punya jawapan melihatkan penerimaan Tok Ayah dan Tok Ma ini.

Qayyum menarik nafas dalam.

“maafkan Qayyum kalau Qayyum dah susahkan Tok Ayah dan Tok Ma. Qayyum tak ada niat jahat untuk sembunyikan perkara ni. Qayyum just nak protect isteri Qayyum.”

“qayyum akan berundur” dia berjeda.

“Qayyum tak salahkan Tok Ayah dan Tok Ma sebab ini pilihan Qayyum. pilihan yang Qayyum dah tetapkan dari dulu lagi dan Qayyum tetap akan berpegang dengan pilihan ini sampai akhir hayat Qayyum.”

Qayyum mengeluh perlahan kemudian dia bangun. Senyuman manis dipamerkan. Ikhlas dari hatinya.

“halalkan makan minum Qayyum selama Qayyum berada di rumah ni. selama Tok Ayah dan Tok Ma jaga Qayyum. terima kasih atas apa yang Qayyum dapat selama ni. QAyyum takkan susahkan Tok ayah dan Tok ma lagi. Qayyum faham. Dan Qayyum redha.”

“Cuma, Qayyum harap, rahsia ni akan tetap jadi rahsia antara kita.”

Langkah dibuka.

“Qayyum ingat boleh lepas macam tu saja?”

Dia berpaling semula. wajah kelat Tok ayah ditatap.

Apa lagi yang boleh dia katakan sekiranya keluarga sendiri tak dapat menerima isterinya itu? bukan salah si isteri bila kisah hitam ini tertulis dalam kamus hidupnya. Bukan salah isterinya bila Amir Firdaus tak dapat menerima penolakan si isteri. Bukan salah Hafizah bila gambarnya dicuri dan diugut untul disebar merata-rata tempat.

dia faham tentang kedudukan keluarga Tok Ayah yang berpengaruh ini dan pasti Tok Ayah mahu terus menjaga nama baik keluarga ini.

Dia tak salahkan Tok Ayah.

Biarlah dia undurkan diri. biarlah dia terus menjaga Hafizah. Walaupun dia terpaksa ‘ meninggalkan’ keluarga ini. dia rela dan dia redha.

“Qayyum ingat boleh lepas macam ni?” ulang Tok Ayah lagi.

“Qayyum tetap akan jaga Hafizah walau macam mana pun. dia tetap akan jadi isteri Qayyum. insya allah, sampai akhir hayat kami.” balas Qayyum yakin.

Janganlah dipisahkan dirinya dari si isteri. Dia terlalu sayangkan isterinya.

“apa yang Qayyum fikirkan ni?”

“Qayyum tahu Tok Ayah marah tapi ni pilihan Qayyum. keputusan Qayyum.”

“Qayyum boleh dapat..”

“she is my one and only wife. Now and forever.” Potong Qayyum.

“tapi dia..”

“Tok Ayah, tolong. Maafkan kalau Qayyum biadap. Tapi tak ada siapa yang boleh memperlekehkan maruah isteri saya. tak ada siapa yang boleh cakap buruk-buruk pasal isteri saya. i don’t care if you are an old man, but enough with the insult”

“tak siapa yang nak benda ni jadi, sama dengan isteri Qayyum. bukan salah dia bila diduga macam ni. Qayyum tak mintak banyak, just rahsiakan benda ni antara kita. Dan Qayyum akan bawak isteri Qayyum jauh dari keluarga ni kalau itu permintaan Tok Ayah. Qayyum janji, Qayyum takan libatkan nama keluraga ni lagi.”

“just don’t ask me to leave her.” Sambung Qayyum tegas. Hatinya panas.

“Tok Ayah ada cakap macam tu?”

Qayyum pandang wajah Tok Ayah pelik. apa maksud Tok Ayah?

“did i said something like that, Qayyum Qushairi?”

“did i?”

Qayyum geleng.

“then?”

Qayyum hanya diam. tak faham dengan kata-kata Tok Ayah. Permainan apakah ini?

“what were you thinking? Sit.” Arah Tok Ayah.

Qayyum patuh. Punggung dilabuhkan.

“kamu tu darah muda. Selalu cakap ikut suka hati, tak guna akal. Istighfar banyak-banyak.” Tok ayah menarik nafas dan menatap wajah cucu lelakinya itu.

“Tok ayah dah lama tahu ni. just nak tunggu bila Qayyum sendiri yang bagitahu kami.”

Qayyumsedikit terkejut.

“tok Ayah dah tahu? Bila?”

“the same way you did. Ada orang hantar sampul ni pada Tok Ayah.”

“then?”

Tok Ayah mengeluh. Dia bangun dan menuju ke meja kerjanya.

“Tok Ma dan Tok ayah dah plan. Kami nak kamu keluar dari Malaysia ni dan go somewhere else to live. Build a new life.”

“what?”

“dengar dulu. ni, untuk sementara waktu saja.”

“Qayyum takkan tinggalkan isteri Qayyum.” tegas Qayyum lagi.

dah banyak kali dia tekankan ayat tu tapi kenapalah semua orang nak pisahkan dia dari Hafizah?

Kenapa semua orang perlu pisahkan mereka sedangkan ini bukannya salah si isteri!

“siapa cakap kena tinggalkan Hafizah?”

Qayyum diam. tak jadi nak bukak mulut.

“itulah Tok Ayah cakap. Kalau nak bercakap, guna akal fikiran bukannya ikut kepala angin. Dengar sampai habis baru menyampuk. Ini tak, belum dengar habis dah nak melenting. Then, cakap benda mengarut. Macam ni ke perangai Qayyum kalau nak jaga Hafizah tu?”

“you are a leader. So, act like one. Macam mana Tok Ayah nak percaya yang Qayyum akan betul-betul boleh jaga Hafizah tu dengan perangai tak sabar ni?”

“Qayyum tak faham..”

“dah istighfar banyak-banyak? So, dengar sini.”

Tok ayah menghulurkan satu dokumen kepadanya. Ada tiket flight dan dokumen perjalanan. Rumah. tempat kerja. Details semuanya.

“buat sementara ni, Qayyum dan Hafizah pergi overseas. Kerja dan hidup kat sana. Untuk sementara waktu.” Perkataan HAFIZAH dan SEMENTARA WAKTU ditekankan biar si cucu ni dengar dan faham.

“biar Tok Ayah settle masalah ni. then, bila dah okay, balik sini semula.”

“faham?”

Qayyum cuba cerna setiap patah perkataan yang keluar dari mulut Tok ayah. Oversea? Dengan Hafizah?

“tapi tadi?”

“tadi apa?”

“Tok ayah cakap..” Qayyum diam sebentar. Cuba berfikir.

“apa yang Tok Ayah cakap tadi?”

Hati tuanya geram dengan perangai si cucu. Tak sabar dan suka marah-marah bila ada hal berkaitan dengan Hafizah. Dia tahu, Qayyum sayangkan Hafizah. Sejak dulu lagi. sejak 5,6 tahun dulu. dan dia bukanlah kejam sangat nak pisahkan mereka.

Bukan salah si isteri Qayyum. dan dia pasti takkan berdiam diri untuk melihat kehancuran yang mungkin terjadi di antara Qayyum dan Hafizah.

Mujur juga isterinya punya fikiran yang sama. Benar, keluarganya berpengaruh namun itu semua tak ada erti bila ada ahli keluarganya berpecah dan memusuhi.

“ada Tok ayah dan Tok Ma cakap yang Qayyum kena tinggalkan Hafizah?”

Qayyum geleng.

Tok Ayah mengeluh perlahan. kasihan pula tengok tengok si cucu macam ni.

“Tok Ayah bukanlah kejam sangat. Tok Ma pun. apa yang Tok Ayah buat ni, untuk kebaikan Qayyum dan Hafizah. Untuk masa sekarang, tinggal kat Malaysia ni banyak risikonya lebih-lebih lagi bila ada Amir. Sebab tu Tok Ayah suruh Qayyum duduk kat oversea dulu. biar Tok Ayah handle masalah ni.”

“tapi, macam mana?”

“don’t worry. Tok Ayah ada caranya.”

“macam mana?”

“biarlah kalau Qayyum tak tahu. Bukannya Tok Ayah nak buat kerja jahat. Cukup kalau kamu jaga Hafizah tu dan jaga hati sendiri. Jangan nak cepat melatah.”

“Qayyum tak tahu kalau...”

“untuk kebaikan Qayyum dan Hafizah juga. Tok Ayah dah arrange semuanya.”

Qayyum tatap tiket ditangannya. Arab Saudi? Jauhnya.

“jauhnya.”

“lagi jauh, lagi bagus kan?”

“Tok Ayah..”

“kebetulan anak syarikat Tok ayah perlukan ketua kat sana. So apasalahnya kalau Qayyum pergi sana. Boleh kerja dan honeymoon sekali.”

“tapi..”

“tapi apa pulak, Qayyum?” sampuk Tok Ma.

“Qayyum tak sure.”

“Tok MA dan Tok Ayah hanya nak yang terbaik untuk kamu berdua. Untuk sementara ni saja, lagipun nanti lama-lama, Tok MA rindukan Qayyum jugak. kamu bawak Hafizah sekali. Bila keadaan kat sini settle, kamu baliklah sini.”

“Qayyum tak pasti Hafizah akan setuju atau tak.”

“bincang elok-elok dengan dia.” pesan Tok Ma lagi.

Qayyum mengeluh.

Sangkanya tadi Tok Ayah mahu ‘membuangnya’ tapi sangkaan itu meleset. Malah Tok ayah terlebih dahulu merancang masa depannya. Bukannya dia tak suka tapi adakah ini jalan terbaik untuk keluarga kecilnya?

Bagaimana penerimaan si isteri?

“ini open ticket. Qayyum bincang dulu dengan Hafizah macam mana. Bincang elok-elok. Bila dah decide, bagitahu Tok ayah.”

Qayyum hanya mengangguk. Tak tahu apa lagi reaksi yang perlu dipamerkan.

“terima kasih Tok Ayah, Tok ma.”

“tok Ayah dan Tok Ma sayangkan Qayyum. dan kami takkan buat niaya kat cucu kami. kami hanya nak yang terbaik saja. ni saja pertolongan yang boleh kami buat.”

“ni dah cukup besar, Tok Ayah. Terima kasih banyak-banyak.”

Tok Ayah hanya tersenyum. Senang hati bila si cucu tak lagi bersangka buruk terhadapnya.

Tadi, gimik saja, nak takutkan si cucu. Tak sangka macam tu sekali reaksi Qayyum. kini, dia tak perlu risaukan hafizah kerana dia yakin Qayyum akan jaganya dengan baik.

Cuma hanya satu ada dalam fikirannya. Si cucu seorang lagi. nak buat apa dengan si cucu itu.
nak rotan, dah tak boleh sebab dah besar panjang.

Nak cubit, memang takkan berbekas.

Takkan lah nak hantar pergi oversea jugak?

Takpun, kahwinkan saja si cucu tu. boleh ke?


ps: selamat membaca =)

16 comments:

Anonymous said...

lagi.....

fizah kat bwh mcm maner?

next plzzzzzzz

eton said...

habis cerita ni, buat cerita pasal amir plak. biar dia jadi hero utk nex novel. hehe...

kena bagi kahwin tok ayah dan tok ma dgn gadis kampung. hehe

MaY_LiN said...

hihihi..
sis..suka suka..
cepat beno qayyum nu melatah..
along sihat dok..?
lame xdengar cite along..

aisy said...

hahahha..best gak cdgn eton tu..kawinkn jek ngn gadis kmpung..hahhaa

blinkalltheday said...

sokong pndapat eton...kawen kan si amir dgn gadis kampung, biar die ubah perangai si amir tu...next novel, boleh cik angel??hehe..

angelseptember said...

waaaa..byk cdgn utk si amir ni..erm, bernas jugak tu kan? hehehe..

kita tgk dl apa yg jadi yekh? =)

** ada apa2 cdgn utk apa2 saja, blh cakap tau. jgn malu jgn segan hehehe...insya allag blh dipertimbangkan...=)

canim said...

hope fizah setuju le.....jauh dari amir....bgs cdgn tok ayah n tok ma....apa jd fizah kt bawah.....risau ni.....setuju ..;[s ni buat lak kisah amir...along ke.....x sabar tunggu new n3......sambung cepat2 ye....

dewdrop said...

hafizah dkt bwh tu mcm mne???dh lme dieorg borak tu..ape jd dgn hafizah...hohohoh..

btol tu tok..kawen kn je amir tu..tp kawen kn dgn yg 'sekepale' dgn die..supye dat girl bley tundukkn amir tu kaw2 punye..keh3..spoil kid btol la si amir tu..shepak kang!

IVORYGINGER said...

best la tok ayah n tok ma. very understanding. xcepat melatah. mungkin pengalaman hidup dah matangkan mereka. lgpun kisah mak qayyum dijadikan pengajaran. tgk la khiduapan mak qayyum sndr apa dah jd. sis napa ceta mak kandung qayyum senyap je??? dia kena buang keluarga ka???

Anonymous said...

sayangnya qayyum kat hafizah... :)
hope hafizah setuju la ngn cdangan tu...maybe along leh tlg pujuk hafizah kalo dia xblh nk decide...

Anonymous said...

hehe..rotan je si amir tu x pn bg kawin je.
hehe..sambung plz ;D

cik n.haliban said...

setuju dgn cdgn last!!! kahwinkah je amir tu. tapi harap2 bini amir tu baik sgt2, bleh ubah perangai amir tuh....

fizah selamat je kan dgn amir tu...

einaa_akemi said...

ala pendeknya....nak lagi boleh tak??

cactaceous opuntia said...

untungla ade org sponsor g tnh arab....nk kwenkan amir?nk ke dia ngn org lain?nti sian plak bakal isteri dia tu...huuu

kayniz said...

nice...
tok ayah n tok ma baik....
org jenis amir 2 ptt benam kn je....
jht sgt psl....
leh lak nk jth kn maruah org....

sue said...

Terbaik...
Terima kasih Tok Ayah dan Tok Mak kerana memahami Qayyum dan Fizah...
Cucu yang satu lagi tu Kahwinkan ja.... cakap dengan cucu tu kalau x kahwin x ada harta..... hahaha.... padan muka Amir