salam~~~

sila singgah n enjoy =)
jangan segan jangan malu..sila2la komen yer...
terima kasih ~~~
=)

have a nice day..everyone..


**terima kasih atas skongan anda dan kesudian anda meluangkan masa disini..=)

** OPPPSSSS...DAH TUNAIKAN KEWAJIPAN ANDA? JANGAN LUPA BUAT YANG UTAMA DULU....






Wednesday, December 14, 2011

tersurat 46ii

[46ii]

TV tak bernyawa dihapannya dipandang kosong. Setengah jam hanya merenung TV takkan boleh onkan Tv tu puan hafizah!

Dia mengeluh perlahan. remote Tv dicapai dan butang merah ditekan.

Ben10 tengah berlawan dengan monsters biru mata satu. Okay, next.

Fasha Sandha tengah menangis. Okay, next.

Sitinur haliza tengah menyanyi lagu balqis. Okay next.

Ben stiller tengah berlari dari dinosaur yang hanya tinggal tulang. Okay, next.

Rowan Atkinson tengah cakap-cakap dengan bear. Okay, next.

Pingu. Okay. on.

remote diletak kembali. Bantal kecil ditarik dalam pelukan.

10minit tengok pingu bosan. Okay, tutup.

Dia mengeluh perlahan. ruang tamu yang sunyi menambahkan lagi rasa kosong dalam dirinya.

Kalau dulu, pasti dia berebut remote dengan sidia, sisuami. Si Qayyum Qushairi.


Dia nak tengok ben10 tapi si suami nak tengok mr bean. Katanya, lagi kelakar mr bean.

Dia nak tengok cerita melayu yang ada fasha sandha tapi si suami nak tengok movie English. High taste katanya.

Dia nak tengok siti menyanyi tapi si suami lagi suka tengok si pingu yang tak ada suara tu. katanya lagi merdu.

Ada saja yang nak dibangkangnya. Ada saja benda yang nak digaduhkan.

Tapi itulah yang membuatkan hatinya ‘hidup’, bercahaya. Bukannya macam sekarang. mati. Layu.

3 hari dia ditinggalkan oleh si suami. Tanpa berita. Tanpa ucapan dan pesanan panjang lebar. Tanpa kucupan didahi setiap hari.

Dia rindukan si suami. Si Qayyum Qushairi.

Semuanya kerana dia. kerana diri sendiri yang tak sayangkan mulut. Dan kerana dia telah menipu si suami. Bukannya sesuka hati dia nak tipu si suami tapi dia terpaksa. ingat suka sangat ke nak tipu-tipu ni? buat dosa kering saja!

Dan kata-kata si suami yang sampai sekarang masih melekat dalam kepalanya.


“selama ni hanya abang seorang yang sayangkan isteri abang. rupanya dia langsung tak hargai kasih sayang abang.”


Salah tu. sangat salah kenyataan tu. dia sayangkan Qayyum. Dia cintakan Qayyum. dia kasihkan Qayyum.

Hanya Qayyum Qushairi yang ada dalam hatinya.

Hafizah menarik nafas panjang. Rasa sedih dan sebu bercampur dalam hati. Pada siapa dia nak mengadu bila si suami masih merajuk dengannya? Masih taknak bermesra macam selalu dengannya?

Lebih mengharukan si suami telah ‘melarikan diri.’

semalaman dia tidur tak lena memikirkan tentang Qayyum. tentang pergaduhan mereka malam itu. sangkanya mungkin Qayyum akan kembali ke bilik tidur mereka dan tidur disebelahnya macam biasa namun sangkaan meleset.

Qayyum tak pernah kembali.

Esoknya, hanya ada satu surat dari si suami.


“abang ada meeting kat Sabah. One week. Take care”


Ringkas. Padat.

Namun cukup untuk membuatkan hatinya terluka. Hanya itu pesanan dari sisuami? Takkanlah langsung taknak bagitahu face-to-face? At least, call ker?

Si suami benar-benar terasa dengannya. macam mana dia nak hidup seminggu ni tanpa kata-kata mesra dari si suami? Tanpa pesanan yang panjang lebar tapi penuh dengan prihatin? Tanpa belaian dari si suami?

Sudah banyak mesej dihantar kepada si suami. Panjang isinya namun hanya pendek balasannya.


-abang. Fizah minta maaf banyak-banyak. Fizah sayangkan abang. Fizah cintakan abang-


Balasan si suami?


-take care-


Dia hantar mesej lagi.


-i miss you. will you come back by my side? I’m sorry-


Sekali lagi, balasan si suami...


-abang busy. Will talk to you later-


Dia terasa dengan si suami tapi apakan daya. Silapnya sendiri. si suami dah bagi peluang untuk berterus terang tapi dia yang memilih untuk berahsia.

Padan muka sendiri!

Sudahnya, dia hanya akan hantar..


-love you always, abang-


Dan dia akan hantar setiap pagi, tengahari, petang dan malam. Biarlah kalau ada orang nak cakap dia agak ‘cheesy’, dia tak kisah. Asalkan si suami tahu, faham dan yakin dengan perasaannya.

Dia agak ‘kayu’ dalam bahasa cinta. Tapi biarlah yang mesej ringkas itu dapat selami hati si suami. Dia hanya mahukan si suami!

“abang!!!!!” jeritnya kuat. bergema ruang tamu itu dengan suaranya. Geram dengan diri sendiri. geram jugak dengan si suami. Bantal kecil dalam pelukan ditumbuk geram.

Iskh.

Mengeluh.

Dengan langkah lemah dia menuju ke bilik tidur. Pintu ditolak.

Bayang-bayang si suami berkeliaran dalam bilik. sudah angau benar dia ni!

Si suami atas katil tengah baca buku. Si suami ada kat almari baju. Si suami di meja soleknya. Si suami di pintu balkoni. Si suami duduk diatas sofa.

Sudahnya dia melangkah ke pintu balkoni. Pintu luncur ditolak. Pungung dilabuhkan diatas lantai sejuk itu. lutut ditarik rapat.

“abang. baliklah. Fizah rindukan abang.”

Tangisan dihemburkan. Dia sedih. dia sunyi.


ps: n3 pendek saja =)


14 comments:

canim said...

wah merajuk benar qayyum ,,,,sampaai ke sabah peginya.....

idA said...

alahai..pjgnya rajuk mamat Qayyum..tak pernah dibuat buatnya.. betui ke hatinya terlalu sakit..menyebabkan perilakunya begitu..nak tahu juga apa isi hatinya..yg tak terluah dan tersemat didalam yg menjadi dirinya begitu.. kenapa minah tu tak beritau..pada suaminya..apa yg sebenar berlaku..kenapa mesti menipu sdgkan suaminya terlalu mempercayainya walaupun mamat tu cakap yg minah tu dah tak suci lagi kerana kasih yg mendalam sanggup memperisterikannya.. apa lagi yg wanita itu mau kan..
susahnya..yg dicari sendiri..
cepatlah sambung dik..nak tau apa yg berlaku seterusnya..adakah ngan silent treatment ini dapat merapatkan lagi jurang mereka..

Anonymous said...

cpt smbung !! x sbr nk tggu smbungn!

blinkalltheday said...

aishhh qayyum ni, sian fizah...klu fizah demam ke ape cmne nti...sape la nak tengok fizah tu...merajuk2 jugak, jgn smp menyesal di kemudian hari sudah lah fizah n qayyum..

sue said...

Kasihan Fizah...
x apa lah apa kata Fiza jangan hantar msm lagi pada Qayyum... Kita tengok macaman perasan Qayyum pulak....
x puas lah --- cepat sambung..

Anonymous said...

kesian fizah..tp sapa suru tipu qayyum.
sambung la lg.cepat2 ek

aisy said...

ksiannyer fiza..qayyum btul2 mrajuk la..ishh..susah la fiza nk pujuk..

fiqa said...

cian fizah...

Anonymous said...

ciannya fizah...
nie qayyum btol2 terasa ngn dia la nie?
ala qayyum...jgn la majuk lama2...
xtkot ka tinggal si isteri sorg2 kat umh...

nim said...

sob...sob...harap2 lepas ni qayyum muncul...tadaaaaaaaa

cactaceous opuntia said...

alahai qayyum...xkn la kt sabah tu tenang je tinggalkan fizah...sat g jd pape(bukan nk cik angel buat gitu ye...heee) kt fizah...menyesal tidak berguna...haha

dewdrop said...

fizah tu knape sbnrnye..ape yg die tipu si qayyum tu??hadey..terus terang je xbley ke??fizah oohh fizah..

n cik writer...waaaaaaaa..terseksa btol cenggini..keh3

next2 =)

MaY_LiN said...

so sad..mane hero kite ni..
tamau nasihatkan adinda terchenta ke..?
bg kate perangsang ke..

IVORYGINGER said...

mesti amir ada ckp something kat qayyum. tu qayyum nk dptkan kepastian dr fiza. tp fiza lak berahsia smpai qayyum ttangkap dia menipu bila suami detect sal mak mah. apa yg amir ckp sbenarnya kat fiza tu???