salam~~~

sila singgah n enjoy =)
jangan segan jangan malu..sila2la komen yer...
terima kasih ~~~
=)

have a nice day..everyone..


**terima kasih atas skongan anda dan kesudian anda meluangkan masa disini..=)

** OPPPSSSS...DAH TUNAIKAN KEWAJIPAN ANDA? JANGAN LUPA BUAT YANG UTAMA DULU....






Thursday, December 22, 2011

tersurat 50

[50]

“awak bawak tak beg yang saya suruh?” Hafizuddin kalih ke sebelah. Ke arah si pemandu. Cik Maizurah.

“paperbag tu?”

Hafizuddin angguk.

“penting sangat ke beg tu?”

“penting.”

“penting sampai tak boleh tunggu balik rumah?” Maizurah kalih ke sebelah. Tak lama. kemudian dia kalih ke hadapan, kearah jalan raya.

Si doktor ni tak reti nak duduk elok-elok ke? tak reti nak pasang tali pinggang ke? safety first maybe?

“awak.”

“em..”

Hafizuddin masih di posisi sama. walaupun kaki sebelah kiri berbalut sampai ke lutut, dia tak kisah. Nak jugak pandang wajah si driver.

“awak. Duduk elok-elok boleh?”

“ha?”

“duduk elok-elok la. Pasang belt tu.”

“kalau taknak?”

“kan bagus kalau duduk elok-elok.” Ujarnya perlahan. masih lagi mood sabar.

“kalau taknak?”

Maizurah tarik nafas. Susah betul nak cakap dengan lelaki sebelah ni.

“safety?”

“why?” soalan dibalas soalan.

“awak..”

“ya, saya....” suara sengaja dileretkan. Senyuman semakin panjang. Suka bila si driver concern dengan dirinya.

“tak ingat ke yang awak tu baru accident?”

“so?”

Maizurah jeling kesebelah. Lelaki sebelah ni sengaja nak uji kesabaran dia. kalau tak kerana dia sakit, dah lama suaranya meninggi. Berbahas dengan si lelaki tentang keselamatan jalan raya. tentang pentingnya pakai seabelt tu.

Takkanlah dah besar panjang pun kena diingatkan jugak?

“awak tahu kan yang seabelt tu..”

“saya tahu.” Potong Hafizuddin.

“so?” lampu merah. Maizurah kalih juga ke sebelah walaupun tak berapa nak tahan dengan pandangan mata si lelaki.

Hafizuddin angkat kening.

Maizurah mengeluh.

“since awak dah tahu safety, kenapa tak buat?”

“tangan saya sakit....tolong pakaikan?” Hafizuddin buat muka comel.

Maizurah angkat kening. Rasanya sebelum gerak keluar dari hospital tadi, dia dah pasangkan seabelt. Macam mana boleh tertanggal pulak?

“saya dah...”

“please???”

Maizurah buat muka. si lelaki ni memang nak kena.

“orang dah pakaikan elok-elok, yang awak tanggalkan tu kenapa? susah la saya nak pakaikan dari driver seat ni.”

Maizurah merungut. Tapi badannya tetap bergerak ke sebelah. Tali pinggang ditarik kemudian di tolak masuk.

“done. Jangan nak gatal bukak lagi.” pesannya.

Hafizuddin senyum. Suka bila si driver melayan kerenahnya. Bukannya selalu boleh buat macam ni.

“sekali sekala saya nak bergatal dengan awak, apa salahnya kan?”

Maizurah jeling tajam.

“jangan nak mengada-ngada. Saya tak..”

“awak sayangkan saya ?” potong hafizuddin.

Maizurah terkedu. Kenapalah soalan tu pulak yang keluar?

“sayangkan saya tak?” tanya hafizuddin lagi.

Maizurah diam. tak tahu nak balas apa. buat-buat tak dengar, boleh? Buat-buat cakap benda lain ke?

“saya harap Qayyum tak apa-apa. saya tak sanggup nak tengok Fizah sedih.”

“kesian kat diorang.” Sambung Maizurah.

“kalau saya kat tempat abang Qayyum macam mana?”

Dia tersentak mendengar soalan itu. kalau tadi, terkejut jugak tapi boleh kawal lagi. tapi ni, jantung macam dah berhenti.

“awak memang tak sayangkan nyawa sendiri ke?”

“DIA dah bagi awak macam ni pun, Alhamdulillah.cubalah rasa bersyukur dengan apa yang kita dah ada. Itulah orang cakap, manusia ni tak reti nak rasa bersyukur. Dah dapat yang ni, nak yang lain pulak.” Bebel Maizurah.

“awak patah kaki pun dah kira bernasib baik. Kalau hilang terus macam mana? Tak pun..” dia terhenti sekejap. Tak ‘rela’ nak sambung ayat sendiri.

“hilang apa?”

Dia pandang Hafizuddin sebentar sebelum beralih ke hadapan. Lampu isyarat dah nak hijau.

“kalau pun awak tak sayangkan diri sendiri, cubalah fikir orang lain jugak. mak dengan ayah awak. Adik awak tu.” sambung Maizurah perlahan.

“awak?” balas Hafizuddin sepatah-sepatah.

“ha?”

Sengaja ditayangkan muka saya-tak-tahu-maksud-awak padahala hati dah berirama rock.

“awak tak sayangkan saya?”

“dan jangan buat muka tak tahu tu sebab saya tahu awak tahu dan faham dengan soalan saya ni.”

Maizurah tayang senyuman panjang. Tak nak jawab boleh?

“okay. dah nak sampai”

Kereta dibelok ke satu selekoh. Kerumah keluarga Hafizuddin.

Hatinya sedikit bimbang. Mak dan ayah Hafizuddin sudah selamat sampai ke tanah suci dan kini hanya lelaki ini seorang saja di rumah itu. menguruskan diri sendiri.

Kalau sihat walafiat, tak perlulah nak bimbang. Tapi ni?

“awak okay ke duduk rumah tu?” tanyanya perlahan. tanpa sedar.

“kalau tak okay, awak nak buat macam mana?”

Maizurah pandang sebelah, memandang wajah si lelaki.

Sejak bila pulak seatbelt ni terbuka? Alahai...

“bak kunci.”

Segugus kunci dihulur.

“duduk diam-diam. saya keluarkan beg awak dulu.”

Pintu kereta belakang dibuka dan 2 buah beg dikeluarkan. 1beg hospital dan 1 paperbeg dari apartment Hafizuddin.

Pagi tadi sebelum dia bergerak ke hospital, Hafizuddin dah pesan awal-awal pergi ke rumahnya dahulu untuk mengambil paperbeg itu.

Penting sangat ke beg tu sampaikan tak boleh nak tangguh-tangguh?

“awak boleh jalan ke atau..”

Maizurah pandang Hafizuddin yang sudah keluar dari kereta.

Degil betul! Orang dah cakap duduk diam-diam tapi..iskh.iskh.

“saya masih sihat. Dan saya masih sayangkan nyawa saya ni. orang tu, tak tahulah.”

Maizurah buat muka. nak balas balik ke?



*****



“awak tak nak makan?” mug diletakkan dihapan Hafizuddin.

“awak nak masak?”

“saya tak pandai masak. Kalau nak, saya belikan kat kedai.”

“tak pandai, kenalah belajar.”

“errmm..”

Bukannya dia tak pandai masak. kalau setakat hidangan ringkas INSYA ALLAH dia boleh uruskan tapi dia tak biasa untuk memasak di dapur orang lain. rasa tak best.

“saya balik dululah. Dah lewat ni. erm. Awak okay ke duduk sorang-sorang ni?” tanya Maizurah risau. Hafizuddin diam. matanya masih lagi setia di kaca TV.

Dia mengeluh perlahan.

Handbag dan kunci kereta di atas meja dicapai. Kaki mula melangkah ke pintu.

“mai.”

Maizurah berpaling.

Hafizuddin bangun. Tongkat dicapai. Langkah dibuka, menghampiri Maizurah.

“awak tak jawab lagi soalan saya tadi.”

“soalan apa?”

“soalan dalam kereta tadi.”

Maizurah berfikir. ada ke soalan yang dia tak jawab?

“awak sayangkan saya tak?” ulang Hafizuddin.

Maizurah tunduk. Soalan ni ke?

“awak..” suara dileretkan apabila si Maizurah hanya diam.

“duduk sanalah. Awak still sakit. Mana boleh gerak banyak-banyak.” Dia menolak badan Hafizuddin supaya bergerak ke sofa.

“awak suka mengelak kan?”

“ha?”

Hafizuddin gelak perlahan. suka bila Maizurah buat muka tak tahu sedangkan dah terang, jelas soalannya itu.

Susah ke nak jawab?

“saya nak awak jaga saya.” ujar Hafizuddin jelas.

Maizurah hairan. Apa maksud dia? bukannya ni, dah tolong jaga dia ke?

“saya nak awak jaga saya.” ulang Hafizuddin lagi.

“saya nak awak jaga makan minum saya. saya nak awak jaga pakaian saya. saya nak awak jaga rumah saya. saya nak awak jaga maruah saya. maruah keluarga saya.”

“dan INSYA ALLAH saya nak awak jaga anak-anak saya. anak-anak kita.”

“Boleh?”

Maizurah tergamam.

Hafizuddin melamar ke?

“saya sayangkan diri saya. sayangkan nyawa saya. dan saya nak awak tolong sayangkan diri saya dan tolong sayangkan nyawa saya.”

“INSYA ALLAH saya juga akan sayangkan awak. Akan jaga diri awak. Jaga makan minum awak. Jaga pakaian awak. Jaga maruah awak dan keluarga awak.”

“INSYA ALLAH saya akan jaga awak. Demi masa depan kita bersama.”

Paperbeg ditepi sofa dicapai. Sebuah kotak sederhana kecil dikeluarkan dan dihulurkan kepada Maizurah.

“be mine?”

Maizurah masih terpaku. Cincin yang tergambar depan mata dipandang dengan mata berair.

“nak tahu something?”

“ha?”

“bila saya accident dulu, saya teringatkan sesuatu.”

“saya mula imbas kehidupan saya. angah dah kahwin, mungkin tak lama lagi nak dapat anak. mak dan ayah dah selamat menunaikan haji. Tapi saya?”

“then, saya teringatkan awak.” Hafizuddin berjeda.

“kalau saya tak ada, kesian kat awak kan?”

Hafizuddin senyum panjang.

Maizurah tarik muka.

“awak ingat saya ni tak laku sangat ke?” saya ni..”

“saya tahu awak laku. Laku sangat. tapi biarlah laku kat saya saja. biarlah saya sorang saja yang boleh jaga awak, walaupun sekarang ni saya tak sempurna.”

Hafizuddin tatap wajah dihadapannya. Wajah yang telah mencuri sekeping hatinya.

“be mine?”

Maizurah tarik nafas panjang.

“awak sihat dulu then jumpa family saya. jumpa adik saya jugak.”

“saya taknak bersanding dengan awak bersimen ni. tak lawa gambar pengantin.” Sambung Maizurah lalu melangkah keluar.

Bibirnya tersenyum panjang.

Hafizuddin bersorak gembira. Lupa sebentar dengan kaki sakit.

Alhamdullilah.


ps: enjoy reading =)


11 comments:

MaY_LiN said...

yeah...
along ku nak kawin..
yeahhhh yeahhhhh yeahhh..
suka sangat..romantik nya..

dewdrop said...

suweettt..suke along dgn mai ni..hehe..yeay2 along nk kawen..haha..mcm along aku plak =)

tp lupe la..spe adik mai ni erk?nk kne bkk n3 lme ke..huhuh

dewdrop said...

ok..puas cari..jumpe di n3 43..akk mahdi upenye..makcik muzaffar..ok2..nice..hehe..semangat!

IVORYGINGER said...

wow... hafizuddin is proposing Maizurah. so fast. so sweet. so nice. ahaks... xnak tlambat train rupanya. hikhikhik...

aisy said...

wahhh...abg nk kawin ni..heheh..akhirnye sume ada psgn msg2..heheh

blinkalltheday said...

yey2...along nak kawen...

Anonymous said...

yeah...along nk kawen!! :D
sweet kot cara along lamar mai walaupon bertongkat n bersimen bagai ...
cita nie mmg stok sweet2 je kn...
jenuh nk control sya pny snyum... :D
nk request next n3 esk blh? hehehe...

Ain Alhambra said...

hehe.. comei2x! (^_^)

Anonymous said...

xde kisah qayyum pun....nk tau psl qayyum gak

Anonymous said...

salam, saya ada hantar awak e-mail, saya harap awak sudi baca-nur-

sue said...

Yesss.... Along dah jumpa Hawa yang baik hati macam Along juga..... Boleh tahan juga tuan Dr. ni bila buat ayat jiwang... kalah Qayyum..... hahahaha