salam~~~

sila singgah n enjoy =)
jangan segan jangan malu..sila2la komen yer...
terima kasih ~~~
=)

have a nice day..everyone..


**terima kasih atas skongan anda dan kesudian anda meluangkan masa disini..=)

** OPPPSSSS...DAH TUNAIKAN KEWAJIPAN ANDA? JANGAN LUPA BUAT YANG UTAMA DULU....






Tuesday, December 27, 2011

tersurat 51

[51]

“selesa?” Hafizah membetulkan bantal di belakang Qayyum. satu lagi bantal diletakkan di bawah kaki Qayyum yang berbalut.

“thanks dear.” Qayyum senyum.

“abang nak makan apa-apa tak?” dia mengambil tempat disebelah Qayyum. Qayyum masih lagi bermain-main dengan jarinya.

“nasib baik patah satu tangan saja. boleh jugak merasa nak pegang tangan isteri abang ni.”


Pap.


Laju saja dia menampar lembut tangan Qayyum tu. yang ni pun dah teruk, nak dapat yang teruk lagi ke?

“mulut tu jaga sikit. Kata-kata tu doa tau.” Rungutnya.

Hatinya tak tenang bila tengok keadaan Qayyum macam ni. ada hati nak patah dua tangan? apa, Qayyum nak hentikan terus ke jantung dia?

“abang cakap jerlah.”

“cakap pun, biarlah elok-elok.” Balas hafizah perlahan.

“kenapa? kalau abang patah dua tangan?”

Hafizah pandang tajam wajah Qayyum.

“abang cakap ni gaya macam dah tak sayangkan Fizah saja.”

“Fizah sayangkan abang ke?”Laju saja Hafizah angguk.

“kasihkan abang?” dia angguk laju lagi.

“cintakan abang?” dia angguk juga tapi rentaknya semakin perlahan.

“cintakan abang?” dia angguk. Perlahan juga.

“kenapa tak angguk laju?”

Hafizah diam. dia tunduk.

“Fizah tak cintakan abang ke?”

Dia angkat wajahnya agar bertentangan dengan si suami. Tangannya membelai lembut pipi si suami.

“Fizah sayang. Fizah kasih dan Fizah cintakan abang.” ujarnya bermakna.

“Fizah tak pandai nak guna ayat bunga-bunga macam abang tapi Fizah memang sayang dan cintakan abang.” sambung Hafizah lagi.

Qayyum senyum panjang.

“abang tahu.abang faham.isteri abang ni kayu sikit.” Qayyum jeda. Hafizah tarik muka. langsung tak cover-cover bila nak kutuk!

“ don’t worry. Sebab abang cintakan wife abang ni.”

Hafizah tunduk. tak tahan ditatap oleh Qayyum. dah lama dia tak dapat panahan arjuna si suami. Sekali dapat, terus tunduk. Tak sanggup. Nanti berlubang terus jantungnya.

“i miss my wife.” Ujar Qayyum perlahan.

“i miss my hubby too..”

Bertambah panjang senyuman Qayyum.

“to bad..” Qayyum berjeda.

Hafizah angkat kening.

“too bad I can’t show her how much i miss her. How much i love her. How deep my love to her.”

Hafizah senyum. Bahagia.

“kalau abang tak patah ni, dah lama abang terkam tau!” sambung Qayyum sambil kenyit mata. Ada senyuman nakal di bibirnya.

“gatal!” satu ketam hinggap dilengan Qayyum.

“dahla. Fizah nak masak. Duduk diam-diam kat atas katil ni.” Hafizah bangun dari katil. Tak sanggup nak tengok muka Qayyum yang dah lain macam.

“don’t miss me too much” sempat dia dengar laungan Qayyum dari bilik.

Hafizah senyum sendiri. hatinya dah bersinar gemilang. Macam matahari.

Satu jam bertungkus lumus didapur akhirnya siap juga makanan berkhiasat utuk si suami. Semuanya kerana pesanan penaja terhormat Tok Ma, mama dan mak.

Sup sayur. Ikan bakar. Bubur nasi. Susu.

Nampak macam plain kan?


“Sayur kena makan banyak sebab bagi sihat cepat.”


“Sebaik-baiknya kalau nak masak apa-apa, kukus atau bakar. Jangan goreng. Tak elok.”


“Kalau masak nasi, guna beras perang. Lagi berkhasiat dari beras biasa. Susu pun penting. Banyak calsium, mineral.”



Dia hanya menangguk bila dengar pesanan penaja. Nak bantah tak boleh. So, dengar saja.

Dia menatang dulang dan membawa masuk ke dalam bilik.

“ini saja?”

Hafizah angkat kening.

“bosanlah. Dah 2 minggu makan bubur nasi.” Rungut Qayyum. muak dia tengok bubur nasi tu. bukannya tak sedap. Sedap sangat tapi kalau dah setiap hari makan benda sama, mestila bosan kan?

“abang nak makan apa?”

“steak daging?” Qayyum buat muka comel.

Hafizah terlopong.

“excuse me..abang..” ujarnya satu-satu.

“please? Please?please?”

Hafizah mengeluh perlahan. kesian pulak bila tengok muka comel Qayyum.

“tapi kan, abang sakit lagi.”

“please? Fizah tak kesiankan abang ke?” pujuk Qayyum lagi.

“nanti Tok Ma marah dengan mak marah.”

“diorang tak tahu kan?”

Hafizah mengeluh lagi. steak daging? Tok Ma dah pesan awal-awal.


Jangan bagi makan daging!


“benda lain, taknak?”

Qayyum geleng.

“nak steak daging jugak.”

“tapi..”

“dulu Fizah nak makan steak bila demam, abang ikutkan. Takkanlah Fizah taknak belikan untuk abang pulak?”

Ala. Dia dah nak masuk mode merajuk.

Dia menarik nafas.

“okay..”

Qayyum mula senyum panjang.

“abang jangan bagitahu Tok Ma, okay?”

“promise!” Qayyum angkat tangan. macam berikrar lagaknya.

Hafizah geleng kepala. Macam-macam perangai Qayyum bila sakit ni. macam budak kecil. mana Qayyum yang macho dulu?

“Fizah keluar kejap. Abang duduk diam-diam tau. Kalau nak pergi tandas, tunggu Fizah balik. Tak payah nak gerak mana-mana. Okay?”

“yes madam.”

Lebar senyuman Qayyum. mana taknya, makanan idaman bakal ada di depan mata tak sampai setengah jam lagi. mestilah senyum lebar.



*****



“puas hati?”

Qayyum angguk.

Risau bila dia tengok si suami. Berselera benar makan. Bukannya takut apa, takutnya kalau ada apa-apa yang jadi kat luka tu. tangan dan kaki yang berbalut tu kena jaga. Seminggu sekali kena jumpa doktor, nak kena tukar dressing.

Sekali sekala dia pernah nampak Qayyum macam ada masalah untuk bernafas. Risau bila tengok Qayyum macam tu.

“jangan lupa makan ubat tau.”

Hafizah mengemas tempat makan Qayyum. bekas ubat dicapainya. Dia keluarkan sebiji dari setiap paket kecil. lalu dihulurkan kepada Qayyum.

“thanks, wife.”

Selesai makan ubat, dia membantu Qayyum untuk bangun dan membawanya ke katil.

“kesian kat wife abang.”

“kenapa?”

“yelah. Asyik kena angkat abang saja. dahla berat. Tambah dengan simen kat kaki tangan ni.”

Hafizah senyum. Dia membetulkan Qayyum agar dapat berdandar di kepala katil. Selimut di tarik sampai ke pangkal paha.

“kalau macam tu, abang kena bagi upahla.” Usik hafizah.

“Fizah nak apa?”

“ermm..” Hafizah buat-buat fikir. bukannya dia nak sangat upah tu. saja nak mengusik Qayyum.

“kalau Fizah nak anak, kena tunggu lama lagi.” sambung Qayyum tiba-tiba.

“iskh abang ni.” terasa panas mukanya bila si suami cakap pasal anak. boleh pulak timbul hal tu.
Qayyum gelak.

“Fizah suka bila dapat tolong abang.”

“betul?” dia angguk.

“even kena angkat abang? kena mandikan abang dan abang tahu Fizah suka part tu.” Qayyum kenyit mata.

Lantas hafizah menghadiahkan satu ketam pada lengan Qayyum. suka usik orang macam ni.

“abang ni. Fizah tak terasa susah pun. Fizah rasa bahagia bila dapat tolong abang. bila boleh buat semua ni.”

Qayyum angkat kening. Tak percaya.

“betulla. Tak percaya pulak abang ni!” Hafizah mula tarik muka. dia cakap sungguh-sungguh tapi si suami macam tak percaya.

Betullah. dia rasa bahagia walaupun dengan kudrat tak seberapa ini, dia dapat menolong Qayyum. dapat meringankan kesakitan Qayyum walaupun tak banyak bezanya.

“abang percaya.meh sini.”

Qayyum menarik tangan hafizah supaya si isteri berada disebelahnya.

“thank you wifey.”

Hafizah senyum.

“hanya ni yang fizah mampu buat untuk abang.”

“it’s more than enough.” Satu kucupan dihadiahkan di ubun-ubun si isteri.


ps: selamat membaca =)


13 comments:

zawani mukhtar said...

windu dkt qayyum.....
cutenye dorg

sue said...

Biarlah patah kaki Qayyum .. jangan patah hati sudah...hahaha....
Degil juga si hubbuy ni... makan nak yang sedap ja.... layannnn

Anonymous said...

Awwww....so sweet...risau pulak baca part Qayyum ada masalah nk bernafas tu....hopefully takde pape le ye...

Frm: Kak Rozie

aisy said...

wahh..sweetnyer..qayyum susah bernafs tu maybe sbb die blum shat btul kot..

cik timbahijau said...

sweet je loving husband-wife ni :) senyum dah tergantung kat telinga ni :P nak lagi!

Anonymous said...

wah3!!! so cute la diorg nie... :)

nuruliffah said...

pergh....best gilew baca tersurat niyh......smbung la cpat2 k??
x sabar nk tau cite qayyum yg slanjutnyer

d_inda said...

bce n3 kali ni sengih2 smpai mne dah..
sampai xperasan ade org panggil..

MaY_LiN said...

amboiqayyum ni pun..
manje bebenor..
org sakit la kate kan..
pandai nak beli jiwa fizah..

IVORYGINGER said...

isteri mithali sungguh ni. bagus ni. beruntung Qayyum.;D

dewdrop said...

bile dieorg nk clear up balik pasal mende yg jadi b4 qayyum eksiden ritu??xkn lupe cmtu je kot??huhuh..neway,cute couple btol depa berdua neh =)

the apple of my eye said...

thank you for the new entry

waniey said...

yeee dh baik..suka2...