[52]
“apa perasaan Fizah bila tahu abang sakit?”
“Fizah menangis teruk tau!” gumam Hafizah perlahan.
Siapa yang tak sedih bila tahu suami yang kita sayang masuk hospital sebab accident? Kalau setakat demam biasa, tak adalah nak menangis teruk.
Lebih-lebih lagi bila dapat tahu kereta Along masuk gaung. Kepalanya dah fikir gaung yang dalam. Dan kereta tu bergolek-golek banyak kali. huh, ngeri betul imaginasi dia!
Rupa-rupanya, gaung tu tak adalah sedalam yang dia fikir. kereta bergolek pun tak macam dalam cerita Hindustan tu. kereta along sebenarnya di rempuh dari belakang dan tak dapat dikawal. Then, bergolek sampai masuk gaung ‘cetek’ tu.
“Fizah dah fikir macam-macam. Fizah takut kalau abang tinggalkan fizah. lagipun masa tu kan kita ‘berperang’”
“berperang?”
“abang kan merajuk dengan fizah malam before abang bertolak pergi sabah. Fizah mesej, tapi abang reply pendek jer. Lepas tu bila nak balik sini, langsung tak bagitahu Fizah.”
“sorry sayang.”
Qayyum membelai rambut Hafizah. Dia msih ingat kisah malam tu.
“Fizah minta maaf banyak-banyak kalau Fizah dah sakitkan hati abang malam tu. fizah tak berniat..Fizah.”
Cup.
“i miss you.”
Hafizah tunduk. Wajahnya terasa panas.
“abang pun nak minta maaf pasal pergi Sabah tapi tak bagitahu awal-awal. tiba-tiba saja abang dapat tahu ada masalah kat syarikat sana. Kat sana pulak, busy. Tak sempat nak layan isteri abang ni. sorry.”
“abang try untuk settlekan kerja kat sana dalam masa 3 hari tu sebab abang dah tak sabar nak jumpa isteri abang ni tau!”
Dia angkat wajah si isteri dan sekali lagi dia ‘mencuri’ ciuman dari isteri.
“takkan busy sangat.” Rungut Hafizah perlahan.
“i know. My bad. Lagipun abang still merajuk dengan sayang lagi kan?”
“Sekarang ni abang merajuk lagi ke?”
Qayyum geleng.
“kenapa?”
“malam tu, abang terlalu ikutkan perasaan. Langsung tak fikir straight. Benda kecik macam tu pun abang dah melenting. I’m sorry.”
Hafizah geleng.
“abang tak salah pun. Fizah yang salah. Fizah yang..”
“syhh..abang tak marahkan Fizah. Cuma terasa hati.” dia memotong kata-kata si isteri. Nafas ditarik.
“abang patutnya bincang elok-elok. Tanya elok-elok. Bukannya tanya then terus merajuk. Betul tak?”
Hafizah angguk perlahan.
Qayyum senyum panjang.
“so, salah abangla kan semuanya?” Qayyum angkat kening. Mode usik dah datang!
Hafizah tergamam sebentar. Tadi cakap lain, ni cakap lain pulak? Si suami ni dah okay ke?
“salah Fizah jugak. Fizah yang tipu abang. Fizah yang..”
Cup.
“jangan buat muka macam tu kat depan orang lain. bahaya!”
Eh?
“see.. buat lagi. nak kena lagi ke?”
Hafizah geleng bila tengok Qayyum dah tenung ‘semacam’.
“anggap saja ni pengajaran untuk kita. Boleh?” ujar Qayyum perlahan. pipi si isteri dibelai lembut.
“life is short. So, abang nak appreciate semua yang abang ada sekarang ni. taknak merajuk dengan isteri abang dah. Rugi!”
“rugi?”
“aah. Kalau tak, boleh abang..” Qayyum senyum nakal
“eeee. Fikir tak senonoh!”
“my wife kan?”
Hafizah tarik muka.suka sangat sakat orang!
“actually,kenapa abang merajuk malam tu?” tanya hafizah perlahan setelah lama berdiam. dia tatap wajah Qayyum.
Qayyum senyum nipis.
“macam abang cakap tadi, abang terlalu ikutkan perasaan. Lagipun, abang agak terasa hati dengan isteri abang sebab mempertikaikan cinta abang.” Qayyum berjeda.
“selama ni, abang sayangkan dia tapi tak sangka dia still tak percaya.” Sambung Qayyum. soalan Hafizah masih terngiang-ngiang dalam kepalanya.
Hafizah menarik nafas. Salah dia!
“abang.” dia membelai wajah Qayyaum.
“Fizah tahu, abang sayang, cintakan Fizah dan Fizah yakin sangat dengan perasaan tu.”
“then? Kenapa tanya macam tu?”
“Fizah tak terniat nak cakap macam tu. literally. Masa tu Fizah terfikir, macam mana abang boleh tenang bila kita bercakap tentang Amir. Tentang apa yang dah jadi dulu. abang macam tak ada rasa jealous atau..”
“siapa cakap abang tak jealous?”
“your face.”
“muka abang mungkin nampak tenang tapi dalam ni?” Qayyum mengambil tangan hafizah dan melekapkan ke dadanya.
“dalam ni, tak siapa tahu macam mana abang rasa bila soal Amir timbul. Bila dia buat macam tu kat isteri abang ni. rasa macam nak tumbuk-tumbuk saja muka dia. rasa macam nak..” Qayyum tarik nafas.
“ikutkan hati, abang nak buat macam-macam tapi abang kena ikut akal fikiran yang DIA dah bagi. Abang still manusia waras.”
Hafizah tunduk. Rasa berdosa kerana fikir yang bukan-bukan tentang Qayyum padahal..
“i’m sorry.” ujar hafizah lembut. Qayyum mengeluh.
“abang terlalu cintakan isteri abang ni.”
“i know and i’m sorry.”
Qayyum menarik rapat Hafizah ke dadanya.
“my heart is beating for you. only for my one and only wife.”
Hafizah tarik senyuman. Bahagia. Tak guna dia pertikaikan lagi perasaan Qayyum padanya.
“abang..”
“erm?”
Hafizah dongak. Dia menatap wajah Qayyum. rahsia malam itu perlu dibuka kepada si suami.
“sorry sebab tipu abang pasal Mak Mah. malam tu, Fizah tak cakap langsung dengan Amir. Fizah..”
Qayyum angkat kening. Menanti bicara si isteri.
“Fizah cakap dengan mama.”
Mama?
Qayyum mengeluh perlahan. faham dengan ayat itu.
“Fizah tahu abang dengan mama tak ngam. Sebab tu Fizah tak berterus terang. Fizah taknak abang marah.” Sambung Hafizah lagi. dia dapat kesan perubahan Qayyum bila nama itu disebut.
“apa yang Fizah cakap dengan dia?”
“dengan mama.” MAMA ditekankan Hafizah.
“saja. kami borak-borak.”
“okay.”
Hambar saja sambutan Qayyum.
“abang marahkan mama?”
Qayyum diam. tangan yang memeluk bahu Hafizah ditarik perlahan. hafizah menghembus nafas.
“abang tak boleh maafkan mama?”
Qayyum masih diam. dan Hafizah masih menunggu jawapan si suami.
“Fizah tahu, Fizah tak rasa sakit macam abang rasa bila..” Hafizah berjeda.
“selama abang hidup, abang tak pernah dapat kasih sayang seorang ibu atau ayah. Mak dan ayah yang jaga abang dulu meninggal accident sebelum abang boleh sempat sebut MAK, AYAH. Then nenek ambil alih tugas tu sampai abang besar.” Luah Qayyum
“Bila dah besar, baru abang tahu yang sebenarnya abang ni hanya anak angkat mak, ayah. Cucu angkat nenek. Dan mak sebenar abang hanya nak abang semata-mata kerana harta. Bukannya kerana abang ni anak kandung dia!”
“dia langsung tak kisah perasaan abang!” sambungnya lagi.
Hafizah tatap wajah Qayyum. ada garis terluka.
“mama dah berubah.”
“berubah bila dia tak ada sesiapa untuk berpaling.”
“bukan, abang. mama betul-betul berubah. mama menyesal dengan apa yang mama dah buat dulu.”
“fizah tahu, hati abang terluka.” Dia meletakkan kembali tangannya di dada Qayyum.
“Tapi, tak salahkan kalau abang cuba untuk terima mama? Secara perlahan-lahan?”
Qayyum tatap wajah hafizah.
“setiap manusia pernah buat kesilapan. Tak salah tu sebab itu adalah salah satu jalan untuk kita baiki hidup kita ni. yang penting, dia tahu silapnya dan berubah untuk jadi yang terbaik.”
“Fizah tak minta abang untuk maafkan dan terus terima mama, Cuma fizah minta abang bukakan hati abang ni untuk mama.”
“mama rindukan anak teruna dia.”
Hafizah senyum manis. cuba meyakinkan hati Qayyum.
Qayyum mengeluh.
“susah abang nak terima dia.”
“kita buat slow-slow okay? insya allah lama-lama abang akan terima mama jugak.”
“dan Fizah akan sentiasa berada disisi abang.” sambungnya lagi. Dia tak berada dalam situasi Qayyum. dan dia tak dapat rasa sakit sebagaimana Qayyum rasa.
Hanya setakat ini yang dia mampu untuk mengeratkan hubungan Qayyum dan mama. memujuk Qayyum.
“abang sendiri cakap tadi. life is short dan abang nak hargai apa yang abang ada sekarang ni. so, sementara mama ada, apa salahnya kan?”
“mama hanya nak anak lelaki dia saja.”
Qayyum mengeluh perlahan. kata-kata si isteri dihadam perlahan.
Perlukan hatinya dibuka untuk wanita itu?
ps: SELAMAT MENYAMBUT TAHUN 2012!!!!!!! [1st n3 for the new year]
** nak cakap terima kasih banyak2 sebab menyokong sy selama ini. everything. pujian dan teguran. terima kasih byk2. tanpa kamu2, saya tak kemana. =))
8 comments:
salam dik..thanks for d E3 ini permulaan tahun baru ini..
mengharap agar suami isteri ini akan melayari hidup berumahtangga ngan perasaan saling mempercayai..tak guna hidup bersama dan mencintai ..sekiranya ada curiga dihati..
welcome new year..cter ni mmg best..
dh baik... :)
every problem hv solution kn...
n nobody perfect...
keep it up cik angel!! :)
senyum sya di thun bru coz ada new n3... :)
cik penulis
terima kasih utk new entry,=)
semoga, bakt penulisan ada terus berkembang. insya'allah.
wah, ada n3 la...dri tahun lps sya tgu...hehehe
best citer nie, n sya sentiasa tgu n3 bru dir cik angel... :)
hihihi..
n3 pembuka tuk new year..
me acih..
suka bila fizah n qayyum da berbaik..
yeah..life is short..
must go on..
cik adik..
gerak gak ke sana n ke mari..
hihihi
finally..settled =)
En Hubby tu mana boleh merajuk lama-lama.... rugi kan.... Qayyum cubalah terima Mama sedikit demi sedikit... macam Fizah cakap.... perlahan-lahan ... Insyallah......
Post a Comment