salam~~~

sila singgah n enjoy =)
jangan segan jangan malu..sila2la komen yer...
terima kasih ~~~
=)

have a nice day..everyone..


**terima kasih atas skongan anda dan kesudian anda meluangkan masa disini..=)

** OPPPSSSS...DAH TUNAIKAN KEWAJIPAN ANDA? JANGAN LUPA BUAT YANG UTAMA DULU....






Wednesday, January 11, 2012

tersurat 53

[53]

“abang.nanti nak keluar boleh? Nak jumpa along sekejap.” Hafizah mendekati Qayyum dikatil.

“along dah sihat ke?”

Hafizah angguk.

“pergilah. Nanti kirim salam kat along juga.”

“abang bagi?”

Qayyum angguk.

“takkanlah abang tak bagi isteri abang jumpa along. Lagipun kasihan kat isteri abang ni, asyik jaga abang. mesti bosan duduk rumah kan?”

“ala. Bukan macam tu. Fizah tak bosan pun kalau duduk dengan abang. tak jadi keluarlah macam tu.” Hafizah tarik muka. dia ada plan lain tapi Qayyum dah fikir lain.

“takdalah. Abang gurau saja. Fizah pergilah jumpa along tu.”

“betul ni?”

Qayyum angguk.

“thanks.” Satu kucupan dihadiahkan untuk si suami.

“okay. Nak bersiap-siap.”

“excited dia nak keluar.” Hafizah senyum.

Memang dia excited nak jumpa along tapi lebih excited bila plan dia dah menjadi.

“oh. nanti mama nak datang. Mama nak tengok anak dia ni.” ujar hafizah sebelum dia melangkah ke toilet.

“eh.”

Qayyum mengeluh perlahan. rupa-rupanya ini rancangan disebalik-jumpa-along tu.

Boleh tak kalau dia tarik balik kebenaran yang dia bagi tadi?



*****



Qayyum menghembus nafas perlahan. rasa kekok.

Dia hanya memerhatikan tingkah laku mama yang dari tadi sedang tekun menukar dressingnya. Menurut doktor, senang saja nak buat dressing ni. sapu ubat kuning. Then, letak kain dressing. Salotape. Siap.

“siap.” mama angkat muka, memandang wajahnya.

“sakit ke?”

Dia geleng. Tak tahu nak cakap apa.

“mama bawak ayam masak lemak dengan sayur kangkung. Qayyum nak makan?”

Dia kaku. Nak angguk ke geleng?

“mama letak dalam pinggan dulu.” akhirnya mama keluar dari bilik. dia mengeluh. Kenapalah keadaan jadi kekok sangat?

Suriani membawa bekas Tupperware yang berisi makanan itu ke dapur. pinggan dan cawan di rak dicapai.

menantunya dah awal-awal cakap rancangannya ini tapi dia menolak keras-keras. Taknak lukakan hati anak lelakinya itu.

Puas si menantu memujuk akhirnya dia setuju.

Nasib baik juga Qayyum sanggup terima dia dalam rumah ni kalau tak, entahlah. Entah bila hubungannya dengan Qayyum akan baik.

Dia tak salahkan Qayyum kerana tak menerima dirinya sebagai mama. Dia tahu dia salah dan kini dia tak berani nak meminta lebih-lebih walaupun hatinya meronta-ronta dahagakan kasih sayang anak lelakinya itu.

Ini pun sudah cukup untuk dirinya.

“mama dah campurkan lauk dalam pinggan ni. Qayyum nak makan kat sini atau kat kerusi sana?”

pinggan yang penuh berisi nasi dan lauk pauk dipandang dengan penuh selera.lauk kegemarannya.

“Qayyum makan kat sini saja.”

Kalau pun dia marahkan mama, dia tak sekejam sangat nak dera mama biar mengangkatnya ke sofa sana. Kalau dengan Hafizah pun, boleh juga dia buli. Tapi mama? wanita tu dah lebih separuh abad. Dia masih berhati manusia.

Kalau dulu, memang dia marah sangat dengan wanita itu. bencikan wanita itu. namun kini, tiada lagi rasa marah itu, hanya tinggal sisa marah dan rasa terkilan.

“mama suapkan?”

Sudu berisi nasi dan cebisan ayam dihulurkan ke mulutnya. dia teragak-agak untuk membuka.

Akhirnya, ngaup!

“mama masak lauk ni sebab tahu Qayyum suka.”

Qayyum hanya mengangguk.

Satu sudu. Satu sudu.satu sudu. Akhirnya licin pinggannya. Disuap oleh mama. kalau orang lain tengok, buat malu saja. umur dah 30 lebih tapi masih makan bersuap.

“mama lapkan.” Tisuue kotak dicapai lalu ditarik sehelai. Dia mengelap mulut Qayyum.

“mama bawak air masak saja. atau, Qayyum nak minum air panas?”

Qayyum geleng. Gelas disambut lalu diteguk.

Pinggan dan gelas kosong diletak kembali dalam dulang. Mama bangun.

“terima kasih, mama.” ujar Qayyum perlahan.

Suriani berpaling sebentar lalu mengukir senyuman paling manis untuk Qayyum. hatinya gembira. Hatinya bersorak riang. Walaupun Qayyum tak banyak bercakap dengannya namun ini adalah satu langkah positif.

Betullah kata menantu itu, Qayyum masih sayangkan dia walaupun dingin sebegini.

Alhamdullilah.



*****



“Qayyum pernah jumpa papa dulu.” ujar Qayyum sepatah. Dia tatap wajah wanita separuh baya dihadapannya.

Suriani senyum manis.

“mama dengan papa, macam mana?” tanya Qayyum perlahan. cuba mencipta perbualan.

“mama dengan papa masing-masing dah ada kehidupan. Mama dengan uncle Zakaria. Dan insya allah, papa bakal menimang anak lelaki tak lama lagi.” Suriani senyum.

“macam mana mama dengan papa berkahwin?”

Suriani mengeluh perlahan. kisah lamanya. Kisah zaman mudanya.

“cinta orang muda.” Suriani berjeda. Qayyum pula masih menunggu bicara mamanya.

“cinta pandang pertama walaupun masa tu mama sedar mama dah ada tunang. Mama dan papa tak tunggu lama, terus jumpa ustaz dan kahwin. masa tu, mama yakin yang papa akan bimbing mama. akan bahagiakan mama. tapi, tak sangka yang lain pulak jadi.”

“mama menyesal?”

Suriani geleng. Dia tak pernah menyesal berkahwin dengan Abdullah dulu walaupun hanya singkat tempoh perkahwinan mereka. dia bahagia dalam tempoh singkat itu. Abdullah melayannya bagaikan puteri. Menatangnya dengan penuh kasih sayang. Dengan cinta mekar dihati.

“mama bahagia walaupun sekejap. Mama bahagia.” Dia menarik nafas.

“papa buka mata mama untuk tengok realiti hidup sebenar. Tapi, jodoh kami tak panjang.”

“kalau mama dan papa saling mencintai, kenapa papa perlu ceraikan mama, sedangkan masa tu..” Qayyum mengeluh perlahan.

Suriani senyum. Tawar.

“memang kami saling menyintai, tapi keadaan tak mengizinkan untuk mama dan papa terus bersama.”

“kenapa?”

“yang lepas, biarlah. Sekarang mama bahagia.” Suriani genggam tangan Qayyum. tangan si anak teruna yang selama ini dia biarkan terkontang kanting dijaga oleh orang lain.

“mama bahagia?”

Suriani angguk.

“walaupun..?”

“bahagia mama, macam ni. alhamdullilah. Mama dah ada Qayyum. mama ada menantu mama. Mama ada uncle zakaria. Dan mama boleh tumpang bahagia keluarga madu mama.”

Qayyum mengeluh perlahan. jauh disudut hatinya, dia jatuh kasihan kepada mama.

“maafkan Qayyum.”

“tak, sayang. Mama yang bersalah. mama banyak berdosa pada Qayyum. mama tak sempat nak cakap terima kasih pada bestfreind mama yang sudi jaga Qayyum. yang anggap Qayyum macam anak mereka..”

“Qayyum janji, Qayyum akan jaga mama.” tangan Suriani dikucup lama. airmata lelakinya akhirnya tumpah juga.

Suriani menangis bahagia.

Alhamdullilah..



**maaf sb lm br post. lappy wat hal(masih lg bermslh) + busy huhuhu. apapun, enjoy reading -)
**agak flat n3 kali ni kan? huhu

6 comments:

Atty Ismail said...

Ok juga ni....At least Qayyum dah ok ngan mama dier. Fiza pun dah happy ngan Qayyum. Along pun dah nak tawin...Bole x cik writer kasi amir ni masuk penjara dan simpan dier lama2 dlm penjara atas kesalahan mengugut & menyebarkan gambar fiza?...Benci giler kat mamat tu....

sue said...

Fizah betul-betul menantu dan isteri yang baik dan memahami ... memberi ruang untuk mama dan Qayyum berbual dan menyelami hati masing-masing.....
Yang lepas biarlah dia... moga Qayyum dapat membahagiakan Mama dan Si Wife yang tercinta... hehehe...

Anonymous said...

sedih la pl en3 kali ni...

IVORYGINGER said...

syahdu nya... mama qayyum pun lalui waktu2x yg sukar. kena rap then kehilangan suami, ank bg kat org, berkahwin lain n suami plak dibenarkan kahwin lain. bukan mudah nk tempoh seandainya iman didada tak teguh. semoga kebahagian bakal mengiringi hidup mama slps ini.

canim said...

setuju ngan kwn2...bukan mudah mama qayyum nk hadapi.....aa kn masih x terjwb lg sbb amir buat cmtu kt fiza...apatah lg fiza still anak dara till dia kwen kn....apa ye motif dia...takkn dendam kot .mne le tahu kot2 sblm kejadian tu fiza tolak dia ke...x trm cinta dia...srry cik writer ...terlebih pula....

MaY_LiN said...

alhamdulillah..
akhirnya..
qayyum trm juga mama..
mane fiza ni..?
along n bakal..?
hihihi

lappy nak bermanja tuh..