[54]
Hafizah menolak troli separuh penuh itu ke bahagian basah. Dia memandang sekilas barang-barang dalam troli. Dah macam dia ni ada keluarga besar yang ada ramai anak, padahal dia dengan Qayyum saja yang duduk dalam rumah itu.
Teringat pasal anak, ingatannya melayang pada ‘malam pertama’ dengan Qayyum.
Kata-katanya Qayyum masih melekat dalam kepalanya.
“abang orang pertama.”
Betul ke kata-kata si suami tu? tapi kenapa Amir Firdaus cakap lain?
Dia mengeluh perlahan.
Tapi, takkanlah si suami nak menipu?
Dia nak tanya lebih-lebih, malu. Macam mana dia nak cakap pasal hal ini sedangkan kalau kena kiss pun wajahnya merah. Inikan nak cakap hal yang lebih extreme?
Ha, cakap pasal Amir firdaus pula, dia hairan. Sejak dari rumah Tok Ayah dulu, dia tak pernah nampak Amir Firdaus. Kalau dulu, ada saja kelibat lelaki itu, mengganggu rumahtangganya.
Dia bersyukur bila tidak diganggu amir Firdaus tapi perasaan hairan itu tetap ada. Ada apa-apa yang terjadi kepada lelaki itu ke?
Tanpa disedarinya, trolinya terlanggar seorang lelaki. barang ditangannya terjatuh. Cepat-cepat dia menolong.
Iskh, suka berangan!
“maaf.”
Lelaki itu senyum. Barang yang dihulur Hafizah disambut dengan tangan kiri.
Hafizah terperasan sesuatu. Tangan kanannya...
“accident.” Ujar lelaki itu sepatah.
“sorry.” Hafizah tunduk. Mesti lelaki itu malu bila ditenung sebegitu. terasa diri cacat.
“maaf.” ujar hafizah lagi. dia menyumpah diri sendiri. dah banyak kesalahannya. Mengelamun sampai terlanggar orang lepas tu tenung tangan orang yang tak sempurna itu. dia mengeluh.
“it’s okay. dah biasa orang tenung saya macam tu.” balas lelaki itu sambil senyum. Dirinya tak kisah kerana sudah lama dia mengalami kejadian-tenung-tangan-saya. dan perempuan dihadapannya bukanlah orang pertama.
Eh. Perempuan ni?
“Fizah? hafizah?”
Hafizah terkedu seketika. Lelaki ni panggil nama dia ke?
“hafizah kan?” ulang lelaki itu lagi.
Hafizah tegak. Tak bereaksi. Nak angguk ke? nama tu, nama dia tapi macam mana lelaki ni kenal dia. dia kenal lelaki ni ke?
“abang..” tiba-tiba ada seorang perempuan datang menghampiri mereka. tangan kanannya sedang memimpin seorang kanak-kanak lelaki.
“siapa ni?”
“ni, Hafizah.”
Mereka berpandangan sesama mereka. Lama baru si perempuan bersuara.
“hafizah. Kawan abang tu?”
Hafizah masih tercengang bila mendengar perbualan suami-isteri dihadapannya. Cop. Kawan dia? sejak bila mereka berkawan? Dan, kalau mereka berkawan, kenapa dia langsung tak ingat?
“saya, joe. Dan ini isteri saya. joe tahu, fizah keliru tapi joe akan jelaskan. Fizah ada masa?”
Dia berfikir sebentar. Jam ditangan ditelek. Lambat-lambat dia angguk. Hatinya takut juga sebenarnya. Tapi bila tengok wajah isteri joe ni, hatinya rasa ‘selamat’
“kita ke tempat makan? joe ada hal nak bincang dengan Fizah.” sambung Joe lagi. Hafizah angguk.
Barang-barang dibawa ke kaunter untuk dibayar walaupun dia masih belum selesai ‘membeli-belah’. Kemudian, dia mengikut langkah joe dan isteri ke restoran.
“joe nak minta maaf dengan apa yang joe dah buat pada Fizah dulu.”
Hafizah buat muka. hairan. Apa yang joe dah buat kat dia?
“joe akan terangkan dari awal. joe harap, Fizah sudi dengar sampai akhir.”
Hafizah angguk.
“saya, kawan Amir Firdaus. Fizah dulu, best friend dia kan?” hafizah angguk.
“7 tahun dulu..”
Hatinya mula berdebar bila mendengar perkataan itu. tak mungkin kalau joe ada kaitan dengan apa yang terjadi dulu?
“joe, Amir dan seorang lagi kawan kami, Adi kawan baik. Cuma joe dan Adi tua 2 tahun dari Amir. Dulu, kami rapat sampai boleh berkongsi cerita. Amir ada bagitahu kami yang dia sebenarnya sukakan Hafizah. Dari awal korang jumpa dulu.”
Amir sukakan dia?
“dia tak cakap apapun..”
“dia segan sebenarnya. katanya, dia tak sepadan dengan Fizah. dia kan kaki perempuan tapi fizah ni baik.”
Hafizah masih lagi mendengar teliti. Isteri joe masih setia disisinya. Sedang melayan si kecil.
“dia dapat tahu yang malam tu, Fizah stay kat airport then dia buat plan untuk tolong hantarkan Fizah ke kampung. Dia rancang nak lamar Fizah malam tu.”
“but then dia nampak one guy yang ambil Fizah malam tu. Fizah dengan lelaki tu nampak mesra. Amir cemburu.”
Dia masih ingat lagi malam tu. Qayyum ambil dia kat airport dan mereka pulang ke kampung nenek. Dia dengan Qayyum mesra? 7 tahun dulu? Rasanya macam biasa saja.
“then, he came up with this idea. Mulanya, kami ingat nak main-mainkan fizah dengan lelaki tu tapi tak sangka keadaan jadi teruk.”
“apa maksud joe dengan ‘this idea’?
Dia pandang joe.
“Amir cakap, dia nak ajar lelaki tu sebab tackle Fizah. dia cakap Fizah kekasih dia and no one can take you. joe dengan Adi ingatkan, Amir mungkin pura-pura sebab selama ni dia tak pernah buat betul-betul. Maksud joe, dia bukannya jenis pukul-pukul orang. Bukannya jenis yang main kasar.”
Hafizah masih bingung. Tak faham dengan cerita Joe.
“he wanted to give that guy some piece of his mind. So, we made up the fake roadblock. When that guy came out from the car, Amir strucked his head. Made him unconscious.”
Hafizah terlopong. Amir? Tak mungkin..
“and things get out of control. Kami gaduh. Tak sangka Amir nekad. Ingatkan dia main-main bila dia cakap nak bagi ‘piece of his mind’. Bila that guy pengsan, kami mula kalut sebab ingatkan Fizah nampak apa yang kami buat. Nasib baik Fizah tidur masa tu. then, he gave you clorofoam.”
“kami mula takut. Tak tahu nak buat apa. then, kami tarik Fizah dengan lelaki tu keluar dari kereta. Just, nak buat konon-konon kamu kena rompak. Just nak sembunyikan apa yang kami dah buat.”
“why?”
Joe mengeluh. Kesal dengan apa yang terjadi dulu.
“joe mintak maaf banyak-banyak dengan apa yang dah jadi.”
“tapi..bila Fizah bangun..”
“wait.” Joe potong.
“bila kami dah dragged Fizah dengan lelaki tu ke semak, kami lari. Adi tarik Amir sekali. That time, nothing happened to you and that guy other than being hit in the head.”
“kami pulang malam tu jugak tapi Joe rasa tak sedap hati. Joe ajak Adi pergi kat tempat tu semula. just,nak make sure things were okay.”
“kat sana, kami nampak Amir. Dia tengah ambil gambar. And you were not properly dressed.”
Hafizah memegang dadanya. Kisah hitam itu bagaikan hidup semula.pedih.
“did he..” ayatnya tergantung. Tak sanggup untuk meneruskan kata-kata.
“no.”
“macam mana joe tahu sedangkan..”
“dia tak buat apa-apa.”
“how?”
Joe mengeluh perlahan.
“he just took your photos. That’s all.” Tekan joe lagi.
Hafizah telan liur. Dia masih tak percaya. Kalau Amir hanya mengambil gambar tapi kenapa dia cakap lain? perlukan dia bagitahu joe tentang ugutan Amir?
“he said he had me that night.” Ujar hafizah perlahan. malu bila bercakap hal itu. tapi dia perlukan kepastian.
Joe mengeluh lagi.
“i don’t think he did that.”
“joe tahu, susah nak percaya tapi i’m sure dia tak buat seperti yang dia cakap tu. he just took your photos and then, we grabbed him and sent him home. We make sure he didn’t come back there.” Sambung joe yakin.
“2,3 tahun lepas, joe dengan Adi jumpa Amir semula. kami tanya dia tentang Hafizah sebab nak mintak maaf. Amir marah bila kami cakap nak ceritakan hal sebenar pada Hafizah. Kami gaduh. Then, he slipped something. He said he didn’t do anything to you. just took few photos. That’s all.”
Hafizah mengeluh. Perlukah dia percayakan joe?
“Joe tak minta Hafizah terus percayakan joe tapi there’s no point for me to lie to you. joe dah terima pembalasannya dan joe dah ada keluarga. Isteri joe tahu apa yang joe buat dulu and we are trying to find you. to apologize to you.”
“adi. He didn’t make it. he says sorry too. kami sama-sama terlibat dalam accident. I lost my hand and he lost his life.” Sambung joe.
“sorry.”
“balasan kami walaupun hanya itu perbuatan jahat kami. DIA dah bayar cash kat kami.” joe cuba ukir senyuman.
“apa yang joe cakap tadi, joe tak mintak Fizah percaya cerita ni. joe just nak bagitahu apa yang betul-betul jadi dulu. just want to make you feel safe and not to worried about Amir.”
“joe tahu apa yang Amir dah buat kat Fizah dengan that guy. Ugutan tu. You get married, right?”
Hafizah angguk.
“don’t trust him eventhough Amir is your bestfrind.”
“joe tahu joe dah burukkan nama dia even kami kawan baik dulu. but this is for the sake of your happiness. I found mine. So, apa salahnya kalau joe nak Fizah bahagia kan?” joe ukir senyuman panjang.
Hafizah hanya mengangguk. Tak tahu sama ada perlukan dia percayakan cerita joe itu?
Kalau joe menipu, apa yang lelaki itu dapat?
Tapi, dia masih tak berpuas hati. Seakan masih ada missing pieces. Dia masih perlukan Amir untuk tahu cerita sebenar dari mulut lelaki itu.
Tapi Amir Firdaus bagaikan hilang tanpa berita. Dimanakah lelaki itu sebenarnya?
ps: selamat hari minggu (dan saya ada banyak 'kerja sekolah' yang perlu dibuat huhuhu)
6 comments:
iyelah kemananya hilang Amir Firdaus?
cepat sambung ye Angel.
kalau Amir sayng Hafizah..kenapa dia aniaya minah tu..kenapa tak htr rombongan meminang..kalau dilihat dari kaca mata akak..amir tu bukan nya jahat sgt kot..
pergh jaat tu enchik amir ni
akhirnay, semua cerita dh terbongkar..pasni fiza bleh la lega sikit..
Wah...akhirnya persoalan ttg kesucian fizah akhirnya t@'jwb..best :-)
separuh dr kejadian da tau..
xsabar nak tgg kisah qayyum+fizah+da babies..
hihihi
Post a Comment