salam~~~

sila singgah n enjoy =)
jangan segan jangan malu..sila2la komen yer...
terima kasih ~~~
=)

have a nice day..everyone..


**terima kasih atas skongan anda dan kesudian anda meluangkan masa disini..=)

** OPPPSSSS...DAH TUNAIKAN KEWAJIPAN ANDA? JANGAN LUPA BUAT YANG UTAMA DULU....






Tuesday, January 17, 2012

tersurat 56

[56]

“Qayyum dah bincang dengan Fizah tentang apa yang tok ayah bagitahu dulu?”

Hafizah pandang Qayyum. dia angkat kening, bertanya pada si suami.

“tak sempat Tok ayah.”

Qayyum mengeluh perlahan. malam tu, bila dia balik rumah ingatkan nak bincang dengan si isteri tapi lain pulak yang jadik. Dia merajuk. Terasa hati dengan Hafizah. Lepastu pagi esoknya terus pergi Sabah, settlekan masalah syarikat kat sana. Bila balik Malaysia, terus masuk hospital.

Banyak sangat yang terjadi. Tak sempat nak bincang apa-apa dengan si isteri. Selain dari bicara hati masing-masing.

“macam ni.” Tok Ma berpaling padanya. Tangannya digenggam erat.

“tok Ma dengan Tok ayah, dah tahu apa yang jadi antara fizah, Qayyum dengan Amir.”

Hafizah telan liur. Dah tahu? Kiranya, dah tengok gambar?

“gambar?”

Tok Ma angguk. Hafizah tunduk. Terasa malu.

“semuanya. Malam tu, kami dah bincang dengan suami kamu sebelum dia marah-marah.” Tok Ma berjeda. Dia jeling Qayyum. masih ingat lagi kisah Qayyum itu. nak melenting awal-awal padahal dia tak tahu apapun.

Qayyum tunduk. Tahu maksud Tok Ma. Bukannya salah dia 100% kan?

“kami nak Fizah dengan Qayyum tinggal kat oversea untuk sementara waktu ni. sampai keadaan settle kat sini. Tapi itu dulu. sebelum Amir..”

Tok Ma menarik nafas.

“Amir yang langgar kamu dulu, sampai masuk gaung.” Sampuk Tok ayah.

Hafizah ternganga. Biar betul?

“Tok Ayah tak sampai hati nak masukkan dia dalam lokap. So, Tok ayah hantar dia jauh.”

“Tok Ayah hantar dia mana?” tanya Qayyum. tak sangka, Amir dalangnya.

“somewhere. Tak perlu Fizah dengan Qayyum tahu. Tapi, yang penting Amir takkan kacau kamu berdua. Dan gambar-gambar tu Tok Ayah dah hilangkan.”

Qayyum kerut dahi. Somewhere? Hilangkan?

“Tok Ayah dah hantarkan Amir pergi Jordan sana.” Celah Tok Ma.

“macam mana Tok Ayah boleh pastikan Amir tu takkan balik sini?” tanya Qayyum lagi. si Amir tu bukannya boleh percaya. Tengok-tengok dah ada depan mata.

“Tok ayah ada bukti yang dia langgar kamu dengan Hafizuddin dulu. so, pilihan yang dia ada sekarang, sama ada masuk penjara atau duduk sana. Lagipun, tok ayah dah ada someone untuk jaga dia kat sana. Make sure dia tak lari. Kalau dia lari pun, tok Ayah boleh cari dia.”

“but for now, he’s not going anywhere. Guaranteed.”

“ha?”

Qayyum pandang wajah Tok ayah dan Tok Ma. Pinta kepastian.

“jangan bimbanglah Qayyum. Tok ayah dah settle kan tentang Amir tu.”

“tapi fizah still tak tahu apa yang jadi dulu.” gumam Hafizah perlahan.

Mungkin dia boleh menarik nafas lega bila mendengar kata-kata Tok ayah tu tapi hatinya masih belum tenang. Hatinya masih ada jawapan pasti.

“Amir bagitahu tok ayah sebenarnya dia sukakan kamu dulu, sejak kolej. Tapi kamu macam tak layan dia. hanya anggap dia kawan baik.”

“Tok ayah ada jumpa kawan lama dia, nama johan kalau tak silap. dia bagitahu perkara sebenar dan apa yang Amir cakap pada Fizah dulu, tak betul.”

Johan? Joe ke?

“Tok ayah ada jugak hire someone untuk siasat perkara ni. nak pastikan apa yang Amir dengan si Johan cerita tu betul tak. dan, memang betul.”

“so sekarang ni, Qayyum dan Hafizah tak perlu risaukan apa-apa. Tok ayah dan Tok Ma dah settle.”

Terang Tok ayah panjang lebar. Dia tahu, memang susah untuk si cucu percaya apa yang terjadi tapi itulah kebenarannya.

Qayyum menghembus nafas. Lega. Dia pandang isteri disebelah.

“kenapa ni?”

Hafizah geleng. Otaknya masih menghadam kata-kata Tok Ayah.

“macam mana Tok ayah buat semua ni?” tanya hafizah setelah lama diam.

Tok ayah buat muka pelik. tak lama kemudian, dia gelak.

“nampak macam Tok ayah ni orang jahat ke?”

Hafizah cepat-cepat geleng. Bukan itu maksudnya.

“Tok ayah tak kejam. Bukannya macam cerita Hindustan yang ada agenda tersembunyi tu. Tok ayah buat ni untuk kebaikan cucu-cucu Tok ayah. Qayyum, cucu Tok ayah. Takkanlah Tok ayah nak tengok hidup kamu huruhara? Amir pun cucu Tok ayah jugak. takkanlah Tok Ayah nak tengok dia hancurkan hidup kamu berdua?”

“dua-dua cucu yang Tok ayah sayang. Tok ayah tak sanggup nak tengok cucu-cucu tok ayah sengsara. So, ini pilihan ni yang terbaik yang Tok ayah boleh buat. Biar kamu disini dan amir disana.“

“macam mana?” hafizah masih tak puas hati. Apa yang tok ayah dah buat?

“guna ‘kabel’. Korek sana korek sini. Dapatlah jawapan.” Jawab ok ayah pendek.

Hafizah angguk perlahan walaupun kepalanya masih ligat berfikir.

“tak payah nak fikir banyak sangatlah, sayang. Yang penting sayang dah tahu apa yang jadi kan? dan amir pun takkan ganggu kita.”

“kalau dia ganggu kita, kita mengadu kat Tok ayah lagi.” Qayyum kenyit mata.

Cepat dia mencubit lengan Qayyum.

Ada pulak hal rumah tangga nak mengadu kat Tok Ayah dan Tok ma? Walaupun mereka dah tahu tapi ni hal mereka. kenalah settle sendiri. sampai bila nak bergantung pada Tok Ayah dan Tok Ma?

“janganlah marah. Abang gurau saja.”

“so sekarang ni. tak payah nak semakkan fikiran kamu tentang Amir. Fikirkan diri sendiri.” tambah Tok ayah.

“betul tu. bagi badan sihat dulu. lepas tu barulah boleh bagi Tok Ma cicit kan?” tambah Tok ma pulak.

Hafizah terdiam.

Hal ni lagi.

Adoi.

Dia pandang Qayyum. ingatkan nak mintak tolong jawabkan tapi si suami dah awal-awal buat muka gatal.



*****



“kenapa muram lagi ni?”

Qayyum kalih ke sebelah. Takkan si isteri masih tak percayakan apa yang Tok ayah cakap tadi?

“Fizah still fikirkan hal tadi?” Hafizah angguk kecil.

“kenapa nak kusutkan kepala dengan hal tu? dah settlekan?”

“Fizah just tak boleh nak percaya yang amir sanggup buat benda tu. dia ingat bila guna gambar yang tak senonoh tu, akan buat Fizah nak kahwin dengan dia?”

Qayyum angkat bahu.

Menurut Tok ayah tadi, Amir mengambil gambar Hafizah dengan tujuan untuk menakutkan si isteri. Dia sangka mungkin Hafizah akan berpaling kepadanya memandangkan mereka berkawan baik. Tapi tak sangka pulak si isterinya dah awal-awal bawak diri ke Manchester.

Hancur rancangan Amir untuk berkahwin dengan Hafizah 7 tahun dulu.

bila hafizah balik Malaysia dan mereka berjumpa semula, Amir Firdaus sangka dia ada harapan lagi. tapi, sekali lagi dia tewas.

Qayyum dah awal-awal sambar Hafizah.

Untuk cubaan terakhir, dia gunakan gambar itu untuk memliki Hafizah. Ditambah lagi dengan cerita yang salah. Fikirnya, mungkin Hafizah akan berpaling kepadanya. Tapi dia silap. silap perhitungan.

Dan kini, Amir Firdaus dah berada jauh dari mereka.

Terima kasih kepada Tok Ayah, Tok Ma dan ‘kabel-kabel’ mereka.

“manusia, macam-macam perangai.”

“tapi..” Hafizah berjeda. Dia berpaling kesebelah, kearah si suami.

“betul dia tak buat apa-apa?” tanyanya lagi.

“I told you already..”

“tapi..” Hafizah potong tapi dia berhenti sebentar. Qayyum mengeluh perlahan.

“okay. so what kalau dia buat apa-apa?”

Hafizah ternganga. Boleh pulak Qayyum cakap macam tu. dia tarik muka. si suami ni tak sayangkan dia ke?

“sorry. bukan maksud abang macam tu. katakanlah dia buat something pada Fizah dulu, biarlah. Benda dah lepas kan? dah tak boleh ubah. Yang penting sekarang ni, hanya abang saja yang boleh benda tu pada isteri abang ni. ada faham?”

“abang tak kisah?”

“everyone has dark secrets. There’s nothing i can do to change that. Yang pasti, abang tahu Fizah macam mana dulu. i don’t care. I have you now. Itu yang penting kan?”

Hafizah mengeluh perlahan.

“sayang. Yang lepas tu biarlah. Tak payah nak fikirkan lagi.”

Hafizah tatap wajah Qayyum. cuba membaca riak si suami.

“insya allah sekarang ni abang akan jaga isteri abang ni baik-baik. Kalau pun lepas ni Amir nak kacau kita, kita report polis lagi. okay?”

Lambat-lambat Hafizah angguk.

“sekarang ni fikirkan pasal hal tu lagi?” Hafizah geleng.

“good.”

Good? Tapi kenapa si suami angkat-angkat kening?

“dari saat ini, Fizah hanya akan jadi hak milik abang. abang tak pernah kisah apa yang jadi dulu. sebab sekarang ni hanya abang yang berhak. Sepenuhnya. Atas segalanya. Love you so much, dear.”Bisiknya di telinga isteri.

Wajah isteri ditarik rapat. Satu kucupan di dahi isteri. Beralih ke dua bela kelopak mata. Ke pipi.Ke hidung dan akhirnya ke bibir si isteri.

Hafizah mula tenggelam dalam ‘permainan’ Qayyum.

Lama ‘persinggahan terakhir’ Qayyum. kemudian dia menolak perlahan bahu si isteri.

“enough for now. Tunggu abang sihat baru kita buat extra scene.” Qayyum senyum nakal.

Tak tahan dengan usikan Qayyum, Hafizah menyebamkan wajahnya ke dada si suami. Hatinya bahagia.

Betul kata si suami. Buat apa dia nak fikir tentang apa yang dah jadi dulu sedangkan sekarang ni dia dah dapat yang lebih baik?



ps: enjoy reading =)

7 comments:

blinkalltheday said...

jahat taw qayyum stop mcm tu jer..haha, malu fizah weyh!!sweet ngat kapel ni...suke2..

nim said...

aduh....romantiknya abang qayyum...waaaaaa

haha sian amir, dok la kat jordan tu sorg2 menginsafi diri!

sue said...

Qayyum tu nakal ja.... nak lebih-lebih takut dia yang x larat..... hahaha... tunggu...

hana_aniz said...

hebat lah tok ayah! hahaha. leh main polis penyiasat pulak.

eton said...

sukanyaaa!! rho-mhen-tiq gituuu...

amir apa crita? angel, buatla citer pasal amir plak lepas abis novel ni. bagi dia insaf. baru dia tau... bagi dia kawen ngan pompuan yg boleh control dia. xpun, i ada ni haa.. erkk!

MaY_LiN said...

weeeeee..
bagus betul planning tok ayah ni..

aisy said...

heheh..tok ayah byk kabel..snng nak jaga cucu..ni cucu dh besar pun myusahkn org..sweetnyer qayyum..heheh